Bowling Hari Guru 2012

on 29 May 2012

Sudah lama terperap, rasanya mungkin sudah 'basi'.Tapi tak mengapalah, gambar-gambar ini yang sempat diambil kerana aku sendiri main di dalam kejohanan ini. Nasib tidak menyebelahi kerana tekanan dirasai berada di dalam satu kawasan panas. Tahun hadapan, boleh cuba lagi.

' Banyak benda aku nak cerita kat kau ni'

 ' Nampaknya akulah johan tahun ni'


Catatan markah

Gambarku masuk Harian Metro

on 16 May 2012


Alhamdulillah, sejak dari menghantar email ke harian metro 3 minggu lepas, akhirnya gambar yang dinanti-nantikan terbit pada hari ini. Lebih manis lagi, gambar ini terbit pada Hari Guru. Sengaja aku tidak bercakap kepada sesiapa, biasalah sebab gambar aku pun tiada untuk sama-sama meraikan kejayaan tersebut. Hati ini puas kerana dapat menggembirakan warga sekolah SAMMPS ( SAM Muhammadiah Pekan Sabak ). Kepada jurulatih dan pemain bola baling SAMMPS, sekalung tahniah diucapkan.Kejayaan anda semua pada hari ini atas semangat juang dan disiplin yang tinggi. YOU DESERVE THIS...(entah betul ke tidak Bahasa Inggeris ni)...

Candid Graduasi SAMMPS 2012

on 13 May 2012

Hari Kecemerlangan Pelajar & Majlis Graduasi 2012 SAMMPS telah diadakan pada 29 April 2012. Majlis ini telah berlangsung pada 2 sidang iaitu sidang 1 pada 27 April manakala sidang 2 pada 29 April. Gambar-gambar yang dirakamkan ini adalah yang berlangsung pada 29 April.

Banner

Ceria

Saya VIP
 
© lensapujangga.com All Rights Reserved