Header Ads

Percutian Bajet ke Kampung Janda Baik, Pahang

Rasanya ini adalah percutian throwback yang berlaku pada cuti sekolah bulan 3. Bagi yang suka menikmati alam semulajadi, inilah tempatnya. Jika di Selangor, tempat yang masih terpelihara alam semulajadinya adalah di Hulu Langat dan Hulu Selangor. Di Pahang, banyak tempat yang boleh dilawati tetapi kali ini aku memilih Kampung Janda Baik, Pahang.
Perjalanan dari Sungai Besar ke Kampung Janda Baik memakan masa 2 jam 30 minit. Masuk ke kawasan Janda Baik, banyak resort yang ditawarkan kepada para pengunjung. Jadi aku memilih De River Resort, Janda Baik sebagai destinasi. Kita perlu menelefon kerana pada waktu itu bukannya cuti hujung minggu.

 Ketenangan air

 Cafe yang hanya dibuka waktu malam

 Airnya memanggil untuk mandi

 Chalet yang ditawarkan

Pintu depan chalet

Di waktu malamnya, aku dan anak sempat melihat perlawanan bolasepak. Siapa sangka, Janda Baik yang tenang mempunyai akademi bolasepaknya sendiri iaitu Frenz United. Sempat juga melihat bakat-bakat yang lahir untuk menggantikan pemain-pemain Malaysia satu hari nanti.

 Frenz United vs MIFA

Muka macam boring jer

Jika mengikut pada kadar semalam yang ditawarkan oleh De River Resort, ianya amat berpatutan. Dengan kadar RM 100-120 semalam, kita boleh tidur nyenyak kerana kawasannya dingin. Mungkin jika mempunyai ahli keluarga yang ramai, di nasihatkan membawa toto untuk keselesaan. Tidak perlu nak mengimpikan chalet anda memenuhi kriteria kerana ia menjanjikan panorama yang indah dan dapat menenangkan jiwa dari hiruk-pikuk kota.

 Chalet yang diduduki

 Pemandangan Gunung Nuang

 Bunga yang berkembang di waktu pagi

Pertanyaan lanjut, boleh hubungi mereka

Setakat ini sahaja percutian bajet ke Janda Baik, Pahang. Minggu kedua cuti baru nak berjalan kerana nak menyiapkan kerja sekolah.

1 comment: