Gambarku masuk Harian Metro


Alhamdulillah, sejak dari menghantar email ke harian metro 3 minggu lepas, akhirnya gambar yang dinanti-nantikan terbit pada hari ini. Lebih manis lagi, gambar ini terbit pada Hari Guru. Sengaja aku tidak bercakap kepada sesiapa, biasalah sebab gambar aku pun tiada untuk sama-sama meraikan kejayaan tersebut. Hati ini puas kerana dapat menggembirakan warga sekolah SAMMPS ( SAM Muhammadiah Pekan Sabak ). Kepada jurulatih dan pemain bola baling SAMMPS, sekalung tahniah diucapkan.Kejayaan anda semua pada hari ini atas semangat juang dan disiplin yang tinggi. YOU DESERVE THIS...(entah betul ke tidak Bahasa Inggeris ni)...

Post a Comment

0 Comments