Al- Fatihah buat Cikgu Shamsul

 Pagi-pagi terbangun dari tidur, menerima pesanan di whatsapp mengatakan bahawa Cikgu Shamsul Azhar meninggal dunia pada pukul 2.55 pagi. Banyak kenangan bersama beliau dan antara sahabat bikers yang rajin dan suka membantu di kala kesusahan. Pernah sekali ride konvoi ke Cameron Highlands, beliau adalah di antara bikers yang menjaga peserta konvoi di belakang termasuklah aku. Bersama-sama kita sedekahkan Surah Al-Fatihah semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.


                                   Arwah bertanda merah


Arwah berbaju kuning


Arwah berada di tengah-tengah


Buat pengetahuan semua, solat jenazah akan diadakan di Surau Kaca pada pukul 10.00 pagi. Semoga damai dan tenang bersemadi di alam sana. Al-Fatihah.....

Post a Comment

0 Comments