Selamat Berjaya Kepada Pencetus Ummah Abu

Coretan hari ini berkisar kepada salah seorang peserta Pencetus Ummah iaitu PU Abu. Beliau adalah anak didikku semasa mengajar di SAM Muhammadiah Pekan Sabak. Tidak disangka, beliau dapat memasuki pentas Pencetus Ummah yang akan bersiaran pada setiap hari Khamis bermula 15 Oktober ini di saluran Astro Oasis 106.

Semasa aku di sana, beliau amat disenangi oleh rakan-rakan dan para guru. Dengan kelebihannya sebagai ketua umum, pelbagai pendapat yang bernas banyak diutarakan untuk kemajuan pengawas di sekolah.

PU ABU barisan kedua kiri sekali

 Tagline PU Abu

Semasa aku membelek coretan lama blog ini, terjumpa gambar-gambar lama semasa berada di SAM Muhammadiah. Rupa-rupanya ada entri tahun 2011 memuatkan cerita dan gambar PU Abu. Antaranya, berita bolasepak menjadi johan kali pertama bawah 18 tahun, anda boleh baca di sini. Banyak lagi artikel pada tahun 2011 yang memuatkan gambar beliau.
Apa-apapun, guru-guru semua mendoakan yang terbaik buat anda PU Abu. Teruskan usaha dakwah anda.

Post a Comment

0 Comments