Aku dan Darah

 Sebenarnya, hari Sabtu yg lepas iaitu 30/1/2021 aku mendaftar untuk menderma darah. Mungkin juga terpengaruh dengan iklan yang keluar di kaca tv, maka menyahut seruan untuk menderma darah. Sebelum menderma darah, sempat juga google meet Panitia Bahasa Arab dalam merangka kerja-kerja sekolah semasa dan akan datang.


Sebelum nak menderma darah, pata penderma wajib mendaftar. Ini adalah salah satu prosedur yang perlu dibuat oleh kakitangan hospital kepada penderma. Waktu itu menunjukkan jam 11.15 pagi dan orang ramai masih beratur untuk mendaftar.


Lepas mengisi borang tersebut, para penderma beratur untuk mengambil sampel darah dan tekanan darah. Alhamdulillah, Allah takdirkan aku untuk menjadi penderma darah. Aku terlihat beberapa orang penderma yang tidak dapat menderma. Terbayang kekecewaan mereka, mungkin nanti Allah akan bagi peluang pada masa akan datang.



 

Sebelum masuk untuk menderma darah, penderma dibekalkan dengan kantung darah. Darah aku pula adalah darah O, iaitu universal bagi semua jenis darah. Mereka bekalkan air dan sedikit makanan untuk bekalan sebelum menderma darah.


Inilah wajah aku ketika menderma darah. Terima kasih kepada kakitangan Hospital Teluk Intan yang ambilkan gambar. Inilah derma untuk yang memerlukan kerana satu ketika, darah mereka telah membantu keluargaku.

Post a Comment

0 Comments