28 Ogos 2026, aku menerima panggilan telefon dari Astro Rewards. Alhamdulillah, dapatlah dua tiket ke Konsert Kilauan Emas Minggu 2. Rasanya takut juga mungkin panggilan scammer, tapi dengan adanya whatsapp dan telefon, ia adalah dari pihak yang betul.
Tiket konsert
Waktu hendak masuk ke Auditorium MBSA pada pukul 7.20 malam, jadi ramailah penyokong yang membanjiri untuk memberi sokongan kepada penyanyi kesukaan mereka.
Suasana di perkarangan MBSA
Alhamdulilah, dapatlah masuk ke Auditorium Level 3 bersama pemenang Astro Rewards yang lain.
Menunggu sebelum masuk ke Auditorium MBSA
Pertama kali dapat masuk ke auditorium tersebut, ternyata sound sistem adalah yang terbaik dan tidak membingitkan telinga.
Rata-rata yang ditanya pemenang Astro Rewards tersebut, semua menyatakan pertama kali dijemput untuk menonton konsert tersebut.
Sebelum konsert bermula
Bersama plak Kilauan Emas
Antara paparan video konsert yang sempat diambil di bawah.
Kesemua peserta yang masih menyertai Kilauan Emas Minggu 2 masih layak untuk minggu ketiga. Aku berharap jika Astro terbaca blog ini, dapatlah memberi tiket untuk semi final, takpun final, haha.
Sebelum balik, bergambar dulu sebagai kenangan pergi ke konsert ini.
Bersama Marissa Jasmin
Bersama Roslan Madun
Tamat perjalanan untuk satu malam yang akan menjadi kenangan. Semoga kesemua peserta diberikan kesihatan yang baik. Al-Fatihah buat Joey BPR.







0 Comments