Candid Sepetang Bersama Blogger 2013


Baru hari ini dapat membuat entri tentang SBB 2013.Semalam berkonvoi motorsikal ke Kuala Kangsar, Perak bersama D'Dix Bikers.Penat masih terasa, macam nak demam kerana perjalanan menempuh hujan dari Taiping- Bidor. Harap semua berpuas hati dengan gambar-gambar ini.Aku ni sebenarnya mewakili isteri kerana beliau menghadiri  majlis GM1M bersama TPM pada waktu yang sama.

So, yang kata aku sombong tu tak mengapa kerana aku ni memang seorang pendiam, mungkin majlis juga yang membosankan sedikit dengan pengakhiran ceramah ke GAZA. Bagi aku, mereka sudah ada majlis sendiri, jika setakat bercerita tentang Israel, aku sendiri pun sudah menghampiri sempadannya beberapa tahun lepas ketika belajar dahulu cuma tak masuk dalam Israel sahaja, maklumlah lawatan sambil belajar.

Goddies Bag

Banner SBB 2013

Pengacara Majlis- Karl Shafik

Founder Denaihati.com

Zarul Umbrella membuat persembahan

Abang Nara & Noehas

Kak Kujie2.com

Jejari Runcing ( minta maaf ambil gambar curi)

Wartawan Utusan Malaysia

Bang Iwan dari Indonesia

 Yuyu Zulaikha

Ustaz Sani

Semua gambar di atas diambil dari tempat duduk sahaja. Ketika keluar ke tandas dan berehat di luar, terjumpa ahli kumpulan Rabbani. Jadi tak dapat hadiah cabutan bertuah pun tidak mengapa, dapat bergambar dengan idola aku sejak remaja, rasanya dari kecil lagi aku sudah meminati mereka sejak dalam Nada Murni.

Aku bersama kumpulan Rabbani

Jadi dalam SBB yang akan datang, diharapkan dapat meriah lagi dengan tentatif yang menarik. Ini adalah pendapat dari seorang blogger yang tidak terkenal.
Candid Sepetang Bersama Blogger 2013 Candid Sepetang Bersama Blogger 2013 Reviewed by Kamarul Ariffin on Monday, January 28, 2013 Rating: 5

4 comments:

  1. wahh.bestnya..mesti meriah.hehe..jemput singgah blog kita yg xseberapa

    ReplyDelete
  2. Oh..husband cikgu laili rupanya..nasib baik saya tak kena pergi ke sabak bernam tu..dapatlah ke SBB2013 :)

    ReplyDelete
  3. ooo... okey nak bagi tau aye singgah ni dari blog cikgu laili... :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.