Berhati-hati Dengan Panggilan Telefon Insurans

Hari ini rasa membuak-buak kerana panggilan telefon ke satu syarikat insurans. Setahun lalu, dengan berbekalkan mulut manis dari operator, aku terpadaya dengan harga yang ditawarkan. Bayangkan, dengan pelan RM48, kita boleh percaya bahawa syarikat ini adalah yang terbaik dalam pengendalian insurans.

Seminggu lepas, aku memperolehi surat pembatalan insurans daripada syarikat tersebut. Syarikat itu juga menelefon untuk mengesahkan dan aku bertanya mengenai pemulangan wang tersebut. Dia berkata akan dipulangkan. Aku menunggu dari surat pembatalan tersebut sampai ke hari ini.

Hari ini, aku menelefon ke 1-300-**-%)%%. Jawapan yang diberikan oleh operator sangat menjengkelkan. Takkan satu sen yang diberi, aku tidak dapat apa-apa. Mungkin inilah dugaanNya kepada semua hamba-Nya supaya bersyukur dengan rahmat-Nya. Jadi kepada semua pengguna, kadangkala hak kita sebagai pengguna dipermainkan oleh syarikat insurans demi untuk memenuhi kehendak hawa nafsu. Aku tidak mahu menunding jari kepada sesiapa, tetapi jika ada penindasan dari syarikat tersebut, cuma doa yang aku pohonkan. Moga syarikat tersebut akan muflis dan tidak akan berjaya menipu pelanggan lagi. Mereka suka menaikkan kadar BLR dan kita sebagai pengguna tersepit dengan keadaan tersebut. Kerajaan mewar-warkan pengukuhan ekonomi yang kukuh tetapi harga minyak tetap naik.

Jadi nasihat aku kepada semua, berhati-hati dengan panggilan telefon daripada syarikat insurans. Aku syorkan supaya mengambil polisi insurans dari orang yang kita kenal supaya cepat dari segi urusan. Kita tidak perlu percaya dengan syarikat insurans yang suka telefon kerana risiko untuk ditupu amatlah besar.





Post a Comment

3 Comments

  1. Memang tak minat melayan agen jual insuran through phone.. Risau.. dan diorang suka telefon masa office hour yang tengah busy.. Nasib baik...
    Tabah ye ... huhu

    ReplyDelete
  2. Betul sekali, lebih baik bertemu muka langsung dengan pihak-pihak yang berwenang dalam bidangnya

    ReplyDelete