Destinasi Percutian : Taman Haiwan Hussin Fauzi Farm

 Baru-baru ini, aku berkesempatan untuk mengunjungi sebuah taman haiwan yang ada di Kuala Selangor. Tempat yang dikunjungi hanya memakan masa 1 jam dari rumah. Ia diberi nama Taman Haiwan Hussin Fauzi Farm, terletak di daerah Kuala Selangor.

Gambar di depan taman haiwan

Terdapat banyaknya spesis binatang di dalam taman haiwan tersebut, tetapi tidak boleh dianggap ia sama seperti Zoo Negara ataupun tempat-tempat lain. Bagi yang sukakan lawatan ringkas tapi tak memenatkan, taman haiwan ini adalah pilihannya.

Tegak berdiri

Merasai ular

Bagi anak-anak yang tengah membesar, inilah tempatnya untuk mengenal binatang. Kekadang kita tak perlu untuk berada di tempat yang besar, kerana otak kanak-kanak ini cepat meresap dengan apa yang dilihat.

Berehat sebelum meneruskan perjalanan

Memberi makanan kepada rusa


Bagi yang ingin memberi makanan kepada binatang di sini, disediakan kaunter dan harga untuk anda membeli makanan tersebut. Ia juga memupuk supaya kita menyayangi binatang dan tidak menyakitinya.

              Selfie sebelum balik

Itulah catatan ringkas destinasi buat kali ini. Bagi yang ingin mendapatkan keterangan lanjut, boleh kunjungi laman facebook Hussin Fauzi Farm. FB Hussin Fauzi Farm
                                                                    

Post a Comment

0 Comments