Gambar Potret...

Rasanya sudah lama saya tidak mengemaskinikan blog.Kerja sebagai guru banyak membataskan diri ini dalam kerja mengaktifkan blog.Buat tatapan blog kali ini,saya meletakkan 2 gambar kanak-kanak yang sempat saya rakamkan sebelum cuti sekolah berakhir baru-baru ini.Seorang perempuan dan seorang lelaki.

                                                      
Gambar pertama adalah gambar potret kanak-kanak perempuan.Umumnya tidak perlulah diperkenalkan orangnya kerana subjek saya adalah gambar potret.
Gambar kedua adalah gambar anak rakan saya yang sempat dirakamkan ketika majlis konvokesyen Prasekolah JAIS yang diadakan di Kolej Komuniti Sabak Bernam.Ini adalah salah satu teknik fotografi yang dipanggil panning.

Post a Comment

0 Comments