Kelmarin telah berlangsungnya Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran DenaiHati.com.  Banyak ilmu yang dapat dimanfaatkan di dalam dunia blogging ini. Aku bersama isteri bertolak dari rumah kakak di Kota Damansara dan perjalanan hanya mengambil masa 20 minit. Mungkin sebelum ini pernah mengikuti Sepetang Bersama Blogger 2013 yang diadakan di hotel yang sama, jadi perjalanan tidaklah tersesat seperti mula-mula datang.Anda boleh baca entri tersebut di sini.

Di dalam seminar itu juga, ada disediakan cabutan bertuah berupa Samsung Galaxy S4,Samsung Galaxy S3 mini, Samsung Corby, Ipad Mini, Pakej Kembara Kemboja, Universal Studios Singapore dan pelbagai lagi. Aku antara yang tidak bertuah tetapi bukan tujuan utama datang semata-mata hendak menang hadiah. Rezeki itu di tangan Allah, jika Allah ingin kita menang, maka rezeki itu berpihak kepada kita. Harap-harap lepas ni blog akan bertambah maju selepas menghadiri seminar tersebut. 

Pengacara majlis, Hilal Azmi

Founder Denaihati Network bersama perasmi

 Bacaan doa oleh Ustaz Noehas

 Ucapan dari Founder Denaihati Network

 Ucapan Perasmian oleh Timbalan Presiden DPIM

 Salah satu syarikat yang menaja seminar

 Takkan serius kot

Pemenang IPad Mini

Persembahan Gwiyomi oleh NisaKay, Zarul Umbrella dan lupa nama

Isteri dan Ustazah Ain

 Zarul dengan penuh penghayatan mengalunkan lagu

 Penerangan saham online oleh Tuan Haji Zainal

Moderator Forum, Abang Ensem

 NisaKay

 Encik Titan

 Penerangan Ebook oleh Encik Shuth

Amanz.my

 Travel Blogger, Rayyan Harris

Kebanyakan gambar yang diambil dari tempat duduk sahaja. Adalah sekeping dua dari perspektif yang berlainan, namun tidak menjejaskan kualiti. Mungkin dari sudut fotografi, kebanyakan gambar yang diambil oleh aku sedikit noise kerana penggunaan ISO tinggi. Maklumlah, flash gedabak tertinggal di rumah kerana tidak mahu memberatkan bahu ketika mengambil gambar.

Akhir kata, haraplah dimaafkan kerana aku blogger tiada nama. Jadi kebarangkalian hendak menegur kurang sedikit tetapi sesungguhnya aku tidak sombong tetapi segan dengan semua.