Header Ads

Apabila Peraturan Jadi Caca Merba

Entri ini adalah berkenaan Futsal PPD Sabak Bernam malam tadi. Pasukan SAMDOR yang rata-ratanya adalah guru-guru dan kakitangan juga menghantar pasukan. Mungkin dalam hemat aku, aku bermain atas semangat kesukanan. Perlawanan pertama, pasukan aku seri dengan SK Parit ** dengan keputusan 0-0. Perlawanan kedua menang dengan keputusan 1-0 menentang SB**. Perlawanan ketiga tidak dapat dijalankan kerana pasukan yang akan ditentang balik awal.

Ini adalah peraturan futsal yang didapati dari laman web.

Jika dikutkan, pasukan ini layak kerana mendapat 3-0 jaringan dan 3 mata penuh. Peraturan ini juga merujuk jika jaringannya sama, maka jaringan semasa akan dikira. Protes di luar padang mengenai ketidakadilan dan ada salah seorang pegawai yang mengatakan bahawa kami menang dengan jaringan 1-0. Maka pasukan ini diherdik kerana tidak tahu peraturan futsal.

Walaupun mata yang diperolehi sama dengan SK Parit **, tetapi jika dikutkan jaringan semasa, kami menang. Protes di luar padang pun tidak berguna kerana semuanya menyokong mereka. Terbaru pula aku mendapat whatsapp yang berbunyi...

 Takkan nak bawa ke jawatankuasa FAM?? Ini adalah futsal peringkat daerah. Aku rasa puas setelah dapat meluahkan ketidakpuasan hati melalui blog. Bukan hendak memburukkan sesiapa tetapi biarlah bermain ikut peraturan.

Aku menjadi keeper

1 comment:

  1. Semoga bisa didengarkan oleh pihak yang berwenang.

    ReplyDelete