Selama 3 tahun berkecimpung, sudah berbagai-bagai lens dan kamera sudah dibeli untuk memuaskan hati.Cuma aku tidak meminati macro.Aku sudah bergiat di dalam fotografi perkahwinan, melihat kerenah pengantin yang kadang-kala memeningkan diri.Bagi aku, fotografi yang paling berkesan buat diri adalah merakamkan sejuta wajah di sekelilingku.Terima kasih kepada Kolej Komuniti Sabak Bernam kerana memberikan penghargaan ini.
NO 1 Flora & Fauna
Bergambar bersama para pemenang
Inilah gambar yang menjadi johan fotografi KKSB sempena Minggu IT pada 19-22 Mac yang lalu.
Gambar ini sudah menjadi hakmilik Kolej Komuniti Sabak Bernam.Sedih juga kerana berpisah denganmu wahai burung kelabu.Jadi pembaca sendiri boleh menilai, apakah kriteria yang boleh mengangkat gambar ini menjadi johan?
3 Comments
tahniah..tak kenal fotografi, maka tak cinta. skrg dah kenal mesti bertambah cinta, kan?
ReplyDeleteTahniah..lens apa ya?
ReplyDeleteLens Sigma 150-500 mm..
Delete