Menang juga akhirnya

Buat pertama kali dalam hidupku mendapat penghargaan dalam bidang yang asing. Kita tidak tahu untung nasib kita di masa depan.Dahulunya, aku tidak meminati bidang ini.Suatu hari isteri ingin membeli kamera DSLR.Aku merasakan bahawa ia adalah suatu pembaziran.Entah bagaimana,selesai dia membeli Nikon D40X dari seorang jurugambar perkahwinan, aku cuba klik satu gambar.Tiba-tiba terdetik dan cinta terus berputik kepada fotografi.
Selama 3 tahun berkecimpung, sudah berbagai-bagai lens dan kamera sudah dibeli untuk memuaskan hati.Cuma aku tidak meminati macro.Aku sudah bergiat di dalam fotografi perkahwinan, melihat kerenah pengantin yang kadang-kala memeningkan diri.Bagi aku, fotografi yang paling berkesan buat diri adalah merakamkan sejuta wajah di sekelilingku.Terima kasih kepada Kolej Komuniti Sabak Bernam kerana memberikan penghargaan ini.

NO 1 Flora & Fauna

Bergambar bersama para pemenang

Inilah gambar yang menjadi johan fotografi KKSB sempena Minggu IT pada 19-22 Mac yang lalu.


Gambar ini sudah menjadi hakmilik Kolej Komuniti Sabak Bernam.Sedih juga kerana berpisah denganmu wahai burung kelabu.Jadi pembaca sendiri boleh menilai, apakah kriteria yang boleh mengangkat gambar ini menjadi johan?

Post a Comment

3 Comments

  1. tahniah..tak kenal fotografi, maka tak cinta. skrg dah kenal mesti bertambah cinta, kan?

    ReplyDelete