Selamat Pengantin Baru

Salam, entry hari ini adalah untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ustaz Zakwan, rakan sejawat di sekolah.Ingatkan untuk  mengambil gambar pengantin tapi cuma bawak telefon bimbit sahaja.Jadi tidak dapatlah nak ambil gambar pengantin kerana melihatkan pengantin sibuk melayan tetamu yang datang.

Masa aku datang, cuma ada kelibat Cikgu Razali dan Ustaz Nidzam, rakan-rakan yang lain mungkin datang lambat kerana jauh.Jadi aku cuma makan dan berbual-bual dengan pengantin dan mengetahui isterinya dari Terengganu.Bila teringatkan Terengganu, rasanya sudah lama aku tidak menjejakkan diri ke sana.Aku balik ke Terengganu pun pada bulan Mei 2010, itupun kerana kematian bapa saudara aku di Serada.

Jadi di bawah ini adalah gambar Ustaz Zakwan yang aku ambil di facebook aku.Minta maaflah tidak mengambil gambar pengantin.

Post a Comment

0 Comments