Akhirnya, setelah enam mimggu bersiaran, 3 Disember adalah finale. Bagiku, K-drama yang ditonton kali ini sarat dengan suspen dan plot twist. Bagaimana seorang penghantar makanan yang hanya menghantar telefon ke alamat yang diberikan, dituduh menjadi pembunuh.
Episod 11-12 bagiku yang paling menyentuh hati ialah hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan oleh Eunbi dan ayahnya. Bagaimana seorang anak perempuan menyimpan rasa rindu untuk melihat ayahnya kembali kuat dan melindungi dirinya seperti yang dilihat pada waktu kecil.
Eunbi bersama ayahnya
Rasa tidak seronok jika ia diceritakan di sini. Anda boleh menonton siri tersebut di Disney Hotstar ataupun Lok TV yang ada di perisian android.
Pengakhiran yang membahagiakan
Jadi, jika yang belum menontonnya lagi, anda boleh menonton terus dari episod 1-12. Boleh juga dijadikan tontonan di hujung minggu kerana durasinya pada setiap episod adalah kurang dari 1 jam.



0 Comments