Perkara-perkara yang perlu dipelajari di dalam fotografi.

Salam.. aku ingin berkongsi sedikit dengan pembaca blog ini yang kadang-kala mungkin bosan  sebab asyik menayangkan gambar sahaja.Jadi kepada sesiapa yang hendak berkecimpung di dalam fotografi ini, mestilah mempunyai keazaman yang kuat, bukan semata-mata dah masuk fotografi, kita akan buat part-time.Ilmu juga mesti seiring dengan alatan fotografi yang dibeli.Bukan kerana apabila sudah ada DSLR, kita berbangga dengan gelaran yang diberi, contohnya cameraman,camerawoman, super sniper dan sebagainya. 

Bagi aku,fotografi adalah salah satu cara aku hendak meredakan ketegangan di dalam diri.Mungkin kerana kesibukan kerja kita, kadang-kala kebuntuan juga melanda diri.Selain kita mendekatkan diri kepada ALLAH,kita akan mencari sesuatu hobi yang tidak memudaratkan diri kita ataupun orang lain.

Komposisi Asas
Di dalam komposisi asas, ada beberapa perkara yang perlu di ketahui seperti teknik framing, kedudukan subjek utama, penjagaan latarbelakang supaya kemas dan menarik, penggunaan warna di dalam gambar, konsep keseimbangan antara elemen dan juga lain-lain perkara berkaitan dengan penceritaan sesebuah gambar.
Pemilihan lensa
Penggunaan lens yang betul akan mempengaruhi bagaimana rupa sesebuah gambar yang terhasil. Setiap lens juga mempunyai tugas dan kualiti yang berlainan. Untuk mengambil gambar portrait, lens yang sesuai adalah lens telefoto. Untuk tugasan fotojurnalisme, lens ultra wide banyak digunakan.
Penggunaan ISO
ISO merupakan kadar sensitivity sensor cahaya di dalam kamera. Ia hampir sama dengan ASA di dalam dunia kamera filem. Kebanyakan kamera digital mempunyai ISO dari serendah 50 hingga 3200. DSLR untuk professional boleh mencapai iso 6400 dan 25600.
ISO rendah, seperti 50, 100, 200, biasanya di gunakan dalam suasana yang terang dan mempunyai pencahayaan yang cukup. ISO 400 ke atas biasanya di gunakan di dalam rumah atau pada waktu gelap.
Teknik Digital Darkroom
Teknik digital darkroom adalah proses penyuntingan imej menggunakan perisian computer seperti photoshop, paint shop pro, gimp dan banyak lagi. Antara proses yang biasa di lakukan adalah mencerahkan gambar, cropping, dodging dan burning, sharpening, pembetulan contrast, pembetulan warna dan white balance, penyuntingan kesan-kesan khas dan sebagainya.
Retouching
Proses retouching adalah proses pengubahsuaian gambar seperti menghilangkan jerawat, membaikpulih gambar lama dan sebagainya.
Gambar Hitam Putih / Monochrome
Gambar hitam putih dapat dihasilkan terus dari sesetengah kamera atau dengan menggunakan teknik digital darkroom. Proses ini amat mudah di dalam dunia digital.
Filters
Terdapat beberapa filter yang diperlukan didalam dunia digital. Filter yang paling penting adalah UV filter. Filter UV akan mengurangkan haze di dalam gambar dan boleh menjaga lens dari tercalar, dimasuki debu, kelembapan dan juga kotoran. Filter yang penting lagi juga adalah Circular Polarizer filter. Filter itu boleh membantu mendapatkan langit yang biru dan boleh menghilangkan bayang-bayang di dalam air.
Close-up filter boleh membantu mengurangkan jarak focusing dan membantu kita mengambil gambar secara macro.
Focal Length / Bukaan pandangan
Focal length pada lens memberikan petunjuk kepada sudut bukaan sesebuah lens dan saiz gambar relative kepada objek. Focal length biasa di tandakan di dalam millimeter atau mm.
Perisian pengurusan Imej (workflow)
Perisian pengurusan imej adalah seperti: Adobe Lightroom, PhaseOne CaptureOne, ACDSEE, Adobe Bridge, Microsoft Expression Media 2, DXO dan sebagainya.



Post a Comment

2 Comments