Minggu lepas, tersentak mendengar berita apabila sahabat yang dikenali di SAM Muhammadiah Pekan Sabak meninggal dunia. Rasanya beberapa tahun mengenali beliau sebagai seorang kainselor yang baru berpindah dari Limbang, Sarawak. Sudah lama tidak berhubung kerana selepas berpindah, aku merasakan bahawa dia ada di dalam group kawan-kawan whatsapp ataupun telegram. Pada masakini, itu adalah cara penghubung yang sesuai.
Tetapi paling tidak disangka, dia mempunyai bakat kejurulatihan bola baling. Bagiku, bila yang ada bakat dan mempunyai pemain yang mahu belajar dan mendengar kata, ia akan menjadi satu senjata yang begitu ampuh. Terima kasih atas jasa anda memartabatkan bola baling. Jasa dan persahabatan akan dikenang sepanjang hayat.
Ketika di Parlimen
Ketika menjadi johan bolasepak bawah 18 tahun
Ketika menjadi johan bola baling
Santai-santai lepas habis kejohanan
Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Kita tak boleh lari dengan qada' dan qadar Allah, di mana setiap dari kita sudah dipersiapkan dari lahir sehinggalah sampai ajal.Semoga roh Cikgu Mohd Sapawi ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. AL-FATIHAH.





0 Comments