Catatan Angsi 2024

Gunung Angsi, Negeri Sembilan yang berketinggian 825 meter dari paras laut menjanjikan panorama yang indah. Tetapi apabila hendak sampai ke puncak, pelbagai rintangan yang harus ditempuhi untuk menjadikan impian menjadi kenyataan. Alhamdulillah, aku berjaya bersama guru-guru dan murid SMK Sungai Besar berjaya ke puncak dengan selamatnya. Program anjuran Persatuan Sains Sukan SMK Sungai Besar sebenarnya dah mendaki gunung tersebut beberapa tahun lepas, syukur ia dapat direalisasikan sekali lagi dengan kerjasama semua guru dan murid yang terlibat. Ini adalah catatan aku semasa mendaki gunung tersebut.


Gambar sebelum bertolak

Kami bertolak dari SMK Sungai Besar pada pukul 12.30 malam dengan 2 buah bas menuju ke Ulu Bendul. Perjalanan mengambil masa sekitar 4 jam untuk sampai ke destinasi.

Singgah di RNR Dengkil

Apabila berada di dalam bas, hanya dapat melelapkan mata sekejap sahaja kerana keterujaan nak mendaki. Aku terpaksa meletakkan tampalan di hidung untuk kurang berdengkur di dalam bas.

RNR Ulu Bendul

Kami sampai di RNR Ulu Bendul lebih kurang pukul 5 pagi. Bersiap-siap untuk solat subuh, sarapan pagi dan pukul 6.45 pagi bergerak ke Gunung Angsi. Jarak di antara RNR Ulu Bendul dan pintu masuk Gunung Angsi ialah 2 kilometer.

Selfie bersama guru-guru

Kawasan pintu masuk gunung Angsi agak terlalu sesak kerana begitu ramai yang hendak mendaki. Pendakian ini ada 2 kategori iaitu sama ada hendak berjalan ataupun berlari. Catatan yang berlari sampai ke puncak Angsi memakan masa 1 jam dan turun 30 minit sahaja. Manakala yang berjalan mengambil masa 1 jam 30 minit sehingga 3 jam untuk sampai ke puncak. Jika turun mungkin lebih kurang dari masa tersebut.

             Rengangan otot sebelum mendaki

Bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Muhid

Selepas bacaan doa tersebut, bermulalah episod pendakian gunung Angsi yang mencabar mental dan fizikal. Kami mula mendaki pada pukul 7.10 pagi.

Pendakian bermula

Pendakian gunung ini memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Kasut yang dipakai seperti tidak serasi dengan kaki mengakibatkan kecederaan kecil di ibu jari kaki. Aku kuatkan semangat dengan harapan, dapatlah sampai ke puncak.

Laluan ke puncak

Wajah kepenatan

Dengan kawasan yang curam, ada ketika kena berpaut pada tali yang diikat. Bagi orang yang sudah biasa dengan pendakian, perkara ini tidak menjadi masalah pada mereka tetapi bagi aku dengan usia pertengahan 40-an, mungkin mengalami masalah sedikit.

Jadi model tutup mata sekejap, kredit gambar : Cikgu Nurulhuda

Di dalam beg cuma ada 3 botol air dan terpaksa berjimat untuk sampai ke puncak. Track mendaki ada yang mendaki, landai dan menurun menjadikan perjuangan untuk ke puncak kadangkala luntur dan kadangkala teruja.

Pemandangan sebelum sampai puncak

Akhirnya, aku sampai di puncak lebih kurang pukul 10.30 pagi. Cuaca pada ketika itu panas tetapi di atas ada disediakan tempat berteduh.

Berehat di wakaf yang disediakan

Gambar bukti sampai ke puncak

            Bersama murid perempuan

Akhirnya, aku antara kumpulan terakhir yang turun ke pintu masuk kerana menemankan seorang murid yang cedera. Yang paling aku terharu, di kalangan pendaki yang turun bersama kami, amat ambil berat dan memberikan makanan dan minuman kerana kami kehabisan bekalan.

Menyembur ubat tahan sakit kepada murid yang cedera

Pendakian ini akan kuingat sampai akhir hayat kerana kerjasama yang erat. Perkara ini tidak akan dijumpai di dalam sekolah tetapi hanya berlaku jika berada di dalam satu kehidupan. Tamat catatan angsi untuk kali ini.



      




Post a Comment

0 Comments