Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Agama Menengah (SAM/SAMT) Negeri Selangor Tahun 2017

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1)  Sekolah Agama Menengah (SAM/SAMT) Negeri Selangor bagi tahun 2017 telah dibuka mulai 1 hingga 30 September 2016.


SYARAT KELAYAKAN

Sekolah Agama Menengah (SAM/SAMT) Negeri Selangor yang berkonsepkan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalah merupakan Sekolah Kawalan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) SAM/ SAMT Negeri Selangor adalah berdasarkan Syarat Kelayakan yang telah ditetapkan oleh JAIS seperti berikut :

1.      Pemohon, ibu dan bapa mestilah Warganegara Malaysia

2.      Berumur dua belas (12) / tiga belas (13) tahun.

3.      Pencapaian Akademik : Lulus Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2016.

4.      Lulus Praktikal Pemantapan Amali Fardhu Ain (PAFA) JAIS. 

5.      Pemohon adalah murid  lepasan  Sekolah Rendah Agama Negeri  Selangor dan rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) atau Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC/ SJKT) negeri Selangor dan mempunyai Sijil Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) tahun semasa. 

6.      Boleh membaca Al – Quran dengan lancar dan fasih.

7.      Pemohon mestilah telah membuat permohonan secara atas talian (online) dan menyerahkan borang permohonan yang telah dicetak beserta semua salinan dokumen sokongan yang telah disahkan kepada pihak sekolah (SK dan Sekolah Rendah Agama). 

Makluman penting :

*  Pemilihan dibuat berdasarkan kepada permohonan yang memenuhi syarat.
* Calon dipilih berdasarkan pencapaian terbaik / tertinggi dalam peperiksaan PSRA dan lulus dengan baik dalam UPSR.
* Calon yang berjaya akan ditempatkan mengikut daerah / zon sekolah yang telah ditetapkan.

CARA MEMOHON

a.      Sila layari laman sesawang https://public.moe.gov.my mulai 01 –  30 SEPTEMBER 2016.

b.      Sila baca dan ikut arahan yang dipaparkan.

c.      Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 SEPTEMBER 2016 (Jumaat), Jam 12.00 malam. 

d.      Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah (UPI, PAID)

e.      Status permohonan boleh disemak di https://public.moe.gov.my selepas 18 DISEMBER 2016.

Sumber : http://www.ciklaili.com/2016/09/permohonan-kemasukan-ke-tingkatan-satu.html

Post a Comment

0 Comments