Ulasan Fifa16, Berbaloikah?

Sejak dari pelancaran di Malaysia pada suku keempat bulan September, baru hari ini dapat memberikan ulasan serba sedikit mengenai Fifa 16. Fifa 16 dikeluarkan oleh Syarikat EA Sports, yang banyak mengeluarkan game sukan yang terkenal seperti bola keranjang, kriket dan sebagainya.
Bagi peminat PS3, kedai game mengesyorkan Fifa16 kerana kawalan game yang memberikan rasa puas hati bila bermain. Di Malaysia pun, PS3 pun dah dianggap ketinggalan zaman kerana sudah ada PS4.

Fifa16 yang sudah dibeli

Ada sedikit pembaharuan yang dilakukan di dalam edisi Fifa16 kali ini. Pembaharuan itu tidak menjejaskan kredibiliti Fifa16 sebagai game terbaik bagi bolasepak. Jika dulu, aku lebih suka PES ( Pro Evolution Soccer) yang dikeluarkan oleh Konami, tetapi apabila bermain PES2014, rasa yang teramat kecewa. Ini kerana grafik, shoot ke arah gol menjadi sukar apabila bermain PES2014.Sejak itu dah tak beli PES ataupun Winning Eleven.

Masuk ke Fifa16

 Pasukan Wanita dalam Fifa16

Pembaharuan yang dilakukan di dalam Fifa16 adalah dengan adanya pasukan wanita. Anda hanya boleh bermain pasukan wanita untuk bersaing dengan gender mereka sendiri. Sayangnya, naib johan Piala Dunia Wanita yang lalu iaitu Jepun tidak tersenarai di dalam Fifa16.

Pengulas sukan yang tidak berubah : Martin Tyler & Alan Smith

 Apa akan jadi jika status trainer on?



Apabila status trainer on, anda akan dilatih untuk menjadi gamers yang profesional dalam mengendalikan Fifa16. Bagi aku, status ini mengacau situasi bila berada di dalam keadaan tidak stabil. Langkah seterusnya hanya perlu offkan trainer dan boleh bermain dengan tenang.

Offkan trainer

Button Celebrations

Pembaharuan yang dilakukan dengan adanya celebrations ataupun cara pemain meraikan jaringan mereka. Kita biasa melihat Wayne Rooney meraikan jaringan dengan menumbuk-numbuk dan membaringkan dirinya di atas padang. Jadi bentuk pembahruan ini amatlah dinantikan di dalam Fifa16.
Anda tak perlu risau jika anda rasa bola masuk ke gol tapi pengadil menafikan kerana Fifa16 sudah ada photo finish.


 Gol yang dikira

Itu antara pembaharuan yang dilakukan di dalam Fifa16. Ia dikeluarkan untuk peminat XBOX, PS3,PS4, PSVITA dan PC. Bagi aku, berbaloi untuk bermain Fifa16 untuk menghilangkan rasa tegang dalam diri. Perasaannya tidak sama jika menjaringkan gol dengan kudrat sendiri ataupun dengan joystick...hehe..Ada sesiapa yang nak hadiahkan PS4?





Post a Comment

0 Comments