Perlawanan Persahabatan Pilihan SAMDORANI Vs Sungai Leman

Pada 3 Oktober, telah diadakan perlawanan persahabatan antara Pilihan SAMDORANI melawan Kampung Sungai Leman. Perlawanan yang berlangsung di dalam keadaan satu Malaysia diselubungi jerebu tidak mematahkan semangat kesukanan di antara mereka. Keputusannya Pilihan SAMDORANI dan Kampung Sungai Leman berkesudahan seri 4-4. Mengikut kata penganjur kejohanan iaitu Cikgu Rafie, akan diadakan perlawanan timbal balik. Aku seperti biasa, bermain pada separuh masa kedua kerana faktor umur yang dah menjangkau umur 35 tahun ke atas. Antara gambar-gambar yang sempat diambil pada kejohanan tersebut.

 Sesi pemanasan badan

 Aktiviti memanaskan badan

 Berbincang sesuatu dengan jurulatih

 Pasukan Kampung Sungai Leman

 Aktiviti membiasakan diri dengan bola

 Bersiap diri memakai jersi

 Pasukan Pilihan SAMDORANI 2015

Gambar dari jarak jauh

Aktiviti seperti ini perlu diteruskan dari masa ke semasa untuk melahirkan generasi yang sihat. Majulah sukan untuk negara. Kredit gambar : Cikgu Rafie


Post a Comment

1 Comments