Header Ads

Kejohanan Bola Tampar MSSD 2014

Kejohanan bola tampar MSSD Sabak Bernam telah diadakan di SMK Seri Bedena dari 14-17 hb April yang lalu. Beberapa sekolah telah menghantar kontinjen mereka dan ramai yang maklum bahawa sukan ini dikuasai oleh kaum Cina.
SAM Sungai Haji Dorani telah menghantar 2 pasukan iaitu lelaki dan perempuan bawah 15 tahun. Pasukan perempuan kalah di peringkat kumpulan manakala pasukan lelaki telah menjadi johan bola tampar bawah 15 tahun. Yang lebih menggembirakan, pasukan bola tampar ini telah menjadi johan buat kali kedua berturut-turut. Terima kasih kepada semua jurulatih iaitu Cikgu Rafie, Cikgu Amzari dan Cikgu Dayang Sofia yang telah melatih pasukan ini berjaya menjadi johan.

Jurulatih memandang anak buahnya

Melompat untuk melakukan rejaman

Jurulatih merancang strategi

Mendengar dengan teliti arahan jurulatih

 Rejaman yang menghadiahkan mata

KAMILAH JUARA...SAMDOR..SAMDOR

Semoga tahun hadapan dapat membuahkan kejayaan yang gemilang lagi buat pasukan bola tampar SAM Sungai Haji Dorani. Tahniah kepada semua pemain dan penyokong pasukan yang tidak jemu memberikan sokongan....

2 comments:

  1. Tahniah buat pasukan SAM Sg Hj Dorani..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih membuat liputan secara langsung..hehehe

    ReplyDelete