Review Samsung Galaxy Note

Handphone ini sudah dibeli pada minggu lepas, lebih kurang 10 hari selepas pelancarannya di Pavilion, KL. Cuma aku membelinya di salah sebuah pusat membeli-belah di Klang, harganya RM 2280.00, kurang RM19 jika dibeli di kedai Samsung.Mula-mula hajat dihati ingin memiliki Samsung Galaxy Tab, tetapi hati berkenan pula dengan SGN.Memang jika angkat telefon tu, penuh satu pipi dibuatnya tetapi apa yang aku nak cerita di sini adalah kecanggihan telefon tersebut.Ia bukan sekadar telefon atau tablet, ia adalah segalanya yang diimpikan berada di dalamnya.Anda boleh lukis, tulis dan luahkan segalanya.


Muka hadapan

Wallpaper Samsung Galaxy Note

 Aplikasi yang terdapat di dalam SGN

Bagi anda yang suka membuat blog, aku memang mengesyorkan kerana boleh download blogger droid dan terus post blog walau di mana anda berada. Golongan yang suka buat pengucapan awam contohnya cikgu, ustaz atau motivator, anda boleh download Al-Quran Android @ Sahih Bukhari/Muslim. Bagi yang suka Facebook dan Twitter, ia memang gajet yang sesuai selain dari Blackberry. Rasanya peranti ini cukup berkesan kepada semua peringkat umur dan pekerjaan.

Ciri-ciri yang terdapat di dalam Samsung Galaxy Note:

5.3" WXGA HD Super Amoled = paparan skrin 5.3 inci yang lebih besar.Anda boleh melihat Youtube dengan lebih jelas lagi.

Android 2.3 (Gingerbread )

1.4 GHz Dual Core Processor = mempercepatkan lagi penggunaan telefon ( Facebook,Twitter,Yahoo Mesengger dll) walau di mana anda berada sekalipun.

S Pen = Anda boleh menulis dan ia dapat mengecam tulisan, selain itu dapat melakar imej ataupun menambah dalam nota harian.

8mp Camera = gambar yang jelas dan boleh edit gambar mengikut kreativiti anda.

2500 mAh kapasiti bateri = jangka hayat telefon yang lebih lama berbanding telefon android Samsung yang lain.( Telefon lain belum review lagi )

Aku pernah pakai Xperia Play Sony Ericson sebelum menggenggam SGN ni. Bagi aku, Samsung Galaxy Note adalah peranti yang paling terbaik pernah aku pakai.


Post a Comment

3 Comments

  1. Tq sharekan aplikasi android tu.. lepas baca entri ni. baru kita install blogger droid & alguran tu.. tq2..

    P/S : Samsung Galaxy Note memang best

    ReplyDelete
  2. Setakat masih belum pernah melihat sendiri peranti ni. Nampak menarik fungsinya.

    ReplyDelete
  3. Peranti ni memang best,saya sudah tertarik bila kali pertama menatapnya..

    ReplyDelete