Hari ini entry saya bukan membicarakan fotografi tapi berita yang mengejutkan semua pihak,terutamanya yang sama-sama belajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu,seorang bekas pelajarnya masuk UMNO.Dia adalah rakan seperjuangan ,main bola, dan segalanya semasa belajar dulu..

Fathul Bari(yang berbaju jubah warna kelabu,berkopiah putih bersebelahan dengan ketua kumpulan,Fadlan yang bersalam dengan Najib)

Berita selanjutnya boleh klik di SINI.
 
Memang saya kenali dia semasa sama-sama menuntut di sana.Dia adalah pendokong reformasi semasa di Maahad,tapi sayangnya kemasukan ke UMNO memusnahkan segala-galanya.Kita kadangkala terlepas pandang bahawa perkara seperti ini boleh berlaku kepada semua pihak, walaupun dahulu dia mendokong perjuangan Islam.

Rasanya setakat ini sahaja entry saya dan entry-entry yang lain akan saya bicarakan tentang fotografi walaupun tidak sehebat mana saya ni..