Gambar yang dirakamkan di televisyen ( Fathul Bari)

Salam..Entry yang lepas saya meletakkan gambar Ustaz Fathul Bari..Pagi tadi sempat merakamkan dia tengah berucap dalam tv.Walaupun tidak berapa dengar apa yang diucapkan,tapi dia bersama 40 ulama muda ingin berdakwah dalam UMNO.Kita sebagai orang Islam ada saluran atau parti politik untuk berdakwah.Jika di dalam UMNO, saya tidak tahu bagaimana nak berdakwah di dalamnya.

Fathul Bari yang saya kenal adalah seorang yang lantang apabila bercakap.Dia amat digemari oleh raka-rakan,termasuklah saya walaupun saya ini tua satu tahun darinya.Masih diingati bahawa nama panggilan saya iaitu 'pok ping' adalah diberi oleh dia.Tetapi yang dikesalkan, kenapa kelantangan itu tidak digunakan di dalam fikrah yang betul?Mungkin inilah petanda dunia akhir zaman, orang yang berkelulusan agama hanya bercakap untuk kepentingan dirinya sahaja.

Pandangan saya ini adalah pandangan peribadi.Dibawah ini anda boleh  melihat gambar Ustaz Fathul Bari yang saya rakamkan di TV1 tengahari tadi.



Post a Comment

2 Comments

  1. http://www.youtube.com/watch?v=9H4gigkQqZM

    saing mung ning

    ReplyDelete
  2. baru tgk ceramah ustaz fathul tadi. best :)

    ReplyDelete