Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 PPD Sabak Bernam

 Alhamdulillah, pada 13 Julai yang lalu, telah berlangsung Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 & Anugerah Ikon Guru 2023 Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam yang diadakan di dewan SMJK Yoke Kuan. Setelah 18 tahun di arena pendidikan, akhirnya termasuk juga penerima APC bagi tahun 2022. Terima kasih kepada pihak pengurusan SMK Sungai Besar yang memilih untuk menerima APC 2022 dan bagiku satu penghormatan buat diri.

                                     Layar Majlis APC 2022 & Ikon Guru



Majlis yang berlangsung dengan gilang -gemilangnya disertai oleh 222 orang penerima APC dan 19 orang Ikon Hari Guru 2023. Pelbagai reaksi dapat dilihat dan juga berita sedih penerima APC iaitu Guru Besar SK Sungai Tengar , En Khaire bin Md Zen meninggal dunia dalam kemalangan semasa menuju ke SMJK Yoke Kuan.

Gambar yang ditangkap dari jauh

Aku bersama penerima APC 2022 & Ikon Guru 2023 SMK Sungai Besar

Pada 19 Julai yang lepas, gambar yang diambil di majlis tersebut telah dimuatkan di dalam akhbar KOSMO. Terima kasih kepada pengirim iaitu Ustaz Abdul Mueiz yang mengirimkannya kepada akhbar KOSMO untuk tatapan sehingga akhir hayat.



Kenangan ini akan dikenang untuk sepanjang hayat. Bagiku, kegembiraan ini tidak dapat dikongsi bersama ibu yang telah meninggal dunia 2 tahun lepas. Jika beliau masih ada, beliaulah yang paling gembira melihat anaknya berjaya.


Post a Comment

0 Comments