Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum Ke-14 | PRU14

Adakah anda telah mendaftar sebagai pengundi? Bagi yang telah mendaftar, anda bolehlah membuat semakan melalui laman web, SMS dan juga talian telefon. 




MAKLUMAN SEMAKAN MAKLUMAT PUSAT MENGUNDI 

Semakan maklumat pusat mengundi bagi tujuan PRU ke-14 bermula pada 16 April 2018. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-8892 7018


a) Semakan melalui laman web

1. Pergi ke laman web SPR : http://www.spr.gov.my/

2. Masukkan No. K/P (tanpa tanda - ) dan taip semula Aksara Captcha seperti yang tertera. Kemudian, clik SEMAK.


3. Hasil semakan daftar pemilih akan memaparkan butiran seperti Kad Pengenalan, Nama, Tarikh Lahir, Jantina, Lokaliti, Daerah Mengundi, DUN, Parlimen dan Negeri. Sekiranya ingin mencetak semakan yang telah dibuat, sila click PRINT.

b) Semakan melalui SMS


Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No. K/P dan hantar ke 15888

c) Semakan melalui talian telefon

Sila dail 03-8885 6565 (jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Bagi anda yang belum mendaftar, bolehlah mendaftar ditempat-tempat berikut :


a.Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686


b.Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri


c.Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara


d.Kaunter SPR melalui Program Outreach
Tiada aktiviti ketika ini


e.Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission


(f)Senarai Penolong Pendaftar

Post a Comment

0 Comments