Throwback : Rangkuman Kejohanan MSSD Bola Tampar 2016

Kejohanan ini telah berlangsung pada 15-18 Febuari yang lepas. Seperti biasa, SAM Sungai Haji Dorani telah menghantar 4 pasukan iaitu lelaki bawah 15 & 18 tahun dan perempuan bawah 15 & 18 tahun. Syukur sebab dapat mempertahankan kejuaraan bawah 15 tahun perempuan 2 tahun  dan tempat ketiga bawah 18 tahun 2 tahun berturut-turut. Manakala bawah 15 tahun lelaki, layak ke suku akhir manakala bawah 18 tahun menduduki naib johan 2 tahun berturut-turut. Tahniah juga kepada ex-sek, SAM Muhammadiah Pekan Sabak kerana mendapat naib johan bawah 15 tahun dan tempat ketiga bawah 18 tahun lelaki. Johan bawah 18 tahun perempuan, lelaki dan 15 tahun lelaki diungguli oleh SMJK Yoke Kuan.

 Semua pandang tempat lain

 Mengambil servis

 Cikgu Rafie & anak murid

 Johan bawah 15 tahun

 Menunggu servis

 Merancang strategi

 Bekas anak didik SAM Muhammadiah

 Ustaz Khairil

 Naib Johan bawah 18 tahun

Bersama sijil & pingat

Tahniah diucapkan. Semoga tahun hadapan akan lebih sukses lagi.

Post a Comment

0 Comments