Header Ads

Gambar di Gold Coast Morib, Banting

Dalam 2 hari lagi, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Cuti sekolah yang memakan masa selama 2 minggu amat melegakan hati sekeluarga kerana kedua-duanya bergelar guru. Banyak tempat yang boleh dilawati, tetapi di sini aku nak kongsikan percutian di Gold Coast Morib beberapa bulan lepas.

Gold Coast Morib adalah salah satu taman tema yang terdapat di Malaysia. Tidak kira bagi yang bujang ataupun berkeluarga, tempat ini memberi satu ketenangan kerana ia terletak di pesisir pantai. Apa-apapun, aku ada mengambil beberapa keping gambar semasa bercuti di Gold Coast Morib.

Mohammad Amar Rizqi

Pandangan dari dalam bilik

 Seronoknya dapat mandi

Menyelusuri air

Nanti dulu dik, kita tak habis lagi

Mari kita menggelongsor

Jadi kepada yang merasakan cutinya panjang, bolehlah berkunjung ke tempat ini. Segala pertanyaan mengenai Gold Coast ada di sediakan. Selamat bercuti & Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan, blogger, cikgu, anak murid dan pembaca yang setia membaca dan menyokong blog ini. 

Tanpa anda siapalah lensa pujangga di mata kalian. Minta maaf sekiranya ada terkasar bahasa semasa anda semua membaca blog picisan ini. Di harapkan semoga anda semua selamat sampai di destinasi. Bagi aku, aku dah lama tak menempuh kesesakan kerana ibu dan keluarga mertua berada dalam satu daerah, hanya naik motor kriss sudah sampai ke destinasi untuk beraya.

2 comments:

  1. wah, datang morib tak bagitau gua pun. hoho..

    ReplyDelete
  2. tak pernah pergi lagi, memang teruja nak pergi dari dulu.....

    ReplyDelete