Bertemu Dr Fathul Bari Mat Jahaya

Rasanya entri mengenai beliau telah aku keluarkan pada tahun 2010. Ketika itu, trafik blog ini meningkat kerana semua ingin mengenali beliau dengan lebih dekat. Jadi bagi yang hendak tahu apa entrinya, bolehlah klik di sini. Pertemuan ini memang sudah lama ditunggu sejak bertahun-tahun. Beliau juga bertanyakan mengenai perkembangan diri, keluarga dan sebagainya. Aku terpaksa menebalkan muka sebab tujuan sebenarnya bukan hendak berpolitik tetapi cuma hendak bersua muka dengannya.

Rakaman dari jauh sahaja

Mungkin pada pandangan manusia, beliau kadang-kala dicemuh kerana ada beberapa pendapatnya yang kontroversi. Itu adalah pendapatnya dan sewajarnya kita yang diberi akal fikiran, dapat memikirkan dengan sedalam-dalamnya. Lama juga sesi ceramah tetapi ia hanya berbentuk soal jawab antara penonton dan penceramah.

 Aku bersama sahabat lama - Ustaz Fathul

Jadi kepada pembaca di sana, janganlah anggap aku ahli politik. Aku lebih suka menumpukan kerjaya aku sebagai pendidik. Undi adalah rahsia.

Post a Comment

0 Comments