SNAPSEED : Aplikasi mudah mencantikkan gambar

Merujuk kepada Majalah Aperture keluaran bulan Februari 2013, aku cuba install aplikasi Snapseed di dalam Samsung S3.Buat pengetahuan semua, aplikasi ini telah dikeluarkan oleh Nik Software bagi IPad pada tahun 2011dan kini tersedia pada IPhone, Mac OS dan Windows.

Pada Disember 2012, Nik Software telah mengeluarkan versi Android Snapseed. Harganya dulu mencecah USD4.99 daripada Apple App Store, kini boleh didapati secara percuma di Apple App Store dan Play Store.Bagi kalangan penggiat fotografi yang rasa lenguh membawa DSLR, Snapseed adalah" rakan baik" untuk melakukan suntingan cepat dan mendalam.Snapseed juga bercirikan buit-in Integrasi Google+ bagi memuat turun imej dengan mudah untuk rangkaian sosial Google.Antara ciri-ciri gambar yang diberikan oleh Snapseed ialah Automatic,Selective Adjust, Tune Image, Straighten, Crop, Details, Black & White, Vintage, Drama, Grunge, Center Focus, Frame dan Tilt-Shift.

Mula-mula anda hendaklah install Snapseed...

Ikon Snapseed

Dah tekan ikon Snapseed, anda boleh mengambil gambar dan pilih genre yang disukai.



Contoh gambar yang diambil.Anda boleh adjust mengikut kreativiti yang disukai.SELAMAT MENCUBA..


Post a Comment

2 Comments