Macro di Bukit Tinggi

Salam, hari khamis lepas aku baru pulang dari Bukit Tinggi.Rasanya begitu banyak gambar yang diambil tetapi fokus pada hari ini cumalah gambar makro.Sebenarnya aku bukanlah peminat gambar makro tetapi di dalam fotografi, kita mesti mencuba segala teknik fotografi untuk menjadikan kita sebagai jurugambar yang berpengetahuan.Kadangkala ada jurugambar yang saling memperlekehkan antara satu sama lain, pakai kamera entry-level seperti D3000, Canon 1000d atau sebagainya, menjadikan seseorang itu jadi rendah diri.Bagi aku, kamera cuma sebagai alat tetapi bakat dan naluri yang ada di dalam diri seseorang itu yang menjadikan gambar itu sangat bermakna.

Di bawah ini antara rangkuman gambar makro yang diambil di Bukit Tinggi, Pahang.







Post a Comment

0 Comments