Water Drops

Salam, hari ini aku  ingin menunjukkan 2 gambar yang diambil malam tadi.Selepas perlawanan antara Liverpool dan Spurs berakhir, mataku tidak dapat pejam.Jadi aku membuka blog-blog fotografi untuk mencari kaedah ataupun skil di dalam mengambil gambar.Aku memilih water drop kerana kaedah ini sukar dilakukan dan mempunyai kecekalan yang tinggi.Iyelah, hendak menunggu titisan air dan menangkap gambar pada waktu sama..
Aku mulakan langkah pertama dengan mengambil cebuk lalu diisikan dengan air.Kemudian aku membuka airnya perlahan-lahan untuk membuat titisan.Langkah seterusnya sediakan DSLR anda, setkan pada manual, 1/160 , f/20, ISO 100.Anda juga mestilah mempunyai flash, tidak kisahlah jenama apa pun.Setkan pada flash on, ditujukan terus flash kepada subjek dengan diffuser, 1/8, 24 mm.Selamat mencuba..

Dengan filter UV

Dengan filter polarizing

Post a Comment

2 Comments

  1. singgah..
    wah.. menarik.. (^__^)
    lom pernah agi berjaya nak amik pic water drop cam ni..

    ReplyDelete