Gambar Kandid


Gambar pertama dan kedua ni aku rakam semasa Hari Keusahawanan Pelajar yang lalu. Betapa banyak gambar yang diambil, tapi semuanya tak memuaskan hati. Mungkin masih lagi snap gambar dalam keadaan auto. Tetapi selepas dibelek-belek, ada 2 gambar yang cantik, bukan kerana orangnya cantik tetapi tips seni fotografi.

Gambar pertama adalah anak seorang guru di sekolahku, Ustaz Ghadzali. Gayanya memikat hatiku sehingga aku snap dirinya tanpa disedari. Mungkin dalam keadaan yang amat penat, maka dia berkelakuan seperti itu.

Gambar kedua adalah seorang pelajar yang tidak diketahui namanya. Gambar ni dirakam tanpa dibuat-buat. Aku memetik kata-kata seorang photografi profesional"Henri Cartier-Brenson" yang dipetik dari adhadi.com.

“There is a creative fraction of a second when you are taking a picture. Your eye must see a composition or an expression that life itself offers you, and you must know with intuition when to click the camera. That is the moment the photographer is creative”

Seni fotografi ibarat seni yang tidak boleh dijual beli. Pengamatan yang jelas dalam merakamkan sesuatu foto tersebut memberi impak yang berbeza dalam menghasilkan karya yang terbaik. Sekarang ramai yang meminati fotografi, tetapi dalam mencari seni yang terbaik sukar bagi seseorang fotografi tersebut.

Post a Comment

0 Comments