Kejohanan Olimpik Muda Ragbi dan Hoki 2025

 Pada 29 November 2025 iaitu pada hari sabtu, telah berlangsungnya Kejohanan Olimpik Muda Ragbi dan Hoki. Alhamdulillah, SMK Seri Bedena telah menghantar penyertaan bagi ragbi iaitu bawah 14 & 16 tahun ( lelaki) serta hoki bawah 16 tahun perempuan.

Semangat yang ditunjukkan di dalam menyertai kejohanan ini amat memberangsangkan kerana dapat menaiki podium untuk kedua-dua acara. Cuma agak menyedihkan sedikit kerana bawah 14 tahun ragbi hanya sekadar penyertaan sahaja.

Di bawah ini adalah rangkuman gambar sempena kejohanan tersebut. MAJULAH SSB.

Bergambar sebelum perlawanan pertama menentang SMK Ungku Aziz


Tempat ketiga hoki 

Oleh kerana kejohanan tersebut dilangsungkan pada dua tempat yang berlainan, perjalanannya agak jauh dan ia tidak mematahkan semangat untuk memberi sokongan dan semangat kepada guru dan murid-murid.

Bersama tuan pengetua & guru-guru

Tempat ketiga bawah 16 tahun

Yang paling mengejutkan, buat julung kalinya sekolah agama menyertai iaitu SAM Bagan Terap dan mendapat tempat ketiga bawah 14 tahun.

SAM Bagan Terap

Tahniah kepada SMK Ungku Aziz yang menjadi juara berganda pada tahun ini. Semoga SMK Seri Bedena akan memperoleh podium bagi tahun hadapan.

SMK Ungku Aziz

Semoga kita akan berjumpa bagi edisi akan datang.Majulah sukan untuk semua.


           





Post a Comment

0 Comments