Teknik asas fotografi : Panning

Dalam entry yang lepas, saya telah merakamkan gambar cahaya lampu berbentuk bintang, ia mengambil masa yang lama dan kesabaran yang tinggi. Pada kesempatan ini, saya baru balik dari Kuala Lumpur dan berkesempatan merakamkan gambar panning. Dengan beribu-ribu kenderaan setiap saat di ibukota Kuala Lumpur, saya dapat merakamkan berpuluh-puluh gambar tetapi hanya gambar terbaik sahaja yang dipaparkan. Waktu pagi saya bermesyuarat bersama-sama dengan guru-guru STAM dari beberapa buah negeri dan di waktu petang, berdiri di pinggir hotel sambil merakamkan gambar panning.

  
Teknik panning ialah merakamkan kenderaan atau benda yang bergerak.Ia boleh digunakan dengan menggerakkan kamera dan hasilnya latarbelakang gambar akan kabur.Latar belakang yang kabur itu disebabkan oleh pergerakan kamera.Saya menggunakan Nikon D3000, Lens Nikkor 55-200 mm..Aperture 22 dan shutterspeed 1/30.Jika anda ingin mencuba, bolehla digunakan pada mana-mana kamera DSLR. Tak kira lens apa yang anda pakai, boleh mencuba sampai berjaya. Jika Shutter speed tu kurang atau gambar kurang menjadi, anda kena tambahkan lagi kelajuan Shutter speed.

Di bawah ini, antara beberapa gambar yang sempat saya rakamkan di tepi jalan yang sibuk walaupun ramai yang mengibaratkan saya sebagai speed trap...cuma tidak memakai baju uniform.




Post a Comment

1 Comments