VLOG- Sungai Besar- Tanjung Karang

 Kadangkala susah hendak mencari content untuk blog, jika dahulu apa sahaja peristiwa di sekolah ataupun percutian, saya akan selalu mengambil gambar dan meletakkan terus di dalam blog. Pelbagai penceritaan yang dapat diberi, sama ada di dalam keadaan sedih ataupun gembira. Buat masa ini, saya akan beralih kepada time-lapse yang akan menceritakan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat.

Ini adalah Vlog pertama saya iaitu time-lapse Sungai Besar ke Tanjung Karang. Ia hanya menggunakan handphone Vivo V19 dengan aplikasi yang terdapat di dalam handphone.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa sudah lama tidak mengemaskini kehidupan sekarang. Bulan Ogos yang lepas, saya mendapat khabar gembira kerana dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran. Berita ini dikongsi dengan keluarga dan istimewanya kepada ibu tercinta. 3/9/2021 merupakan hari yang paling duka apabila ibu tercinta meninggal dunia. Sedihnya hanya Allah yang tahu dan hilangnya doa dari seorang ibu untuk diri ini.

Jadi untuk hari ini, saya persembahkan video perjalanan dari Sungai Besar ke Tanjung Karang. Hidup adalah satu perjalanan yang nanti akan juga berakhir, di dalam keadaan baik ataupun buruk. Perjalanan kita, kita yang akan corakkannya sama ada berakhir dengan baik ataupun buruk.



Post a Comment

0 Comments